fatwa kelab malam?


gambar ada kena mengena ke dengan artikel?

sekarang ni kecoh kat merata-rata satu malaya pasal raid yang jawi buat kat kelab zouk baru-baru ni pasal pesta arak yang melibatkan melayu islam. kalau korang baca bi-pop berita harian tu, jeslina hashim pun mengaku sekali kena tangkap time tu. ramai yang nak pertahankan diri masing-masing, katanya jawi buat serbuan tak betul le, melampau batas kuasa, etc. termasukle artis jeslina ni yang puas cerita kat suratkhabar pasal hal kena cekup nih. aku ada pusing-pusing blog rakyat malaysia ni, kebanyakannya tak puas hati dengan apa yang jawi buat tuh. mak bapak bebudak ni pun tak puas hati gak, pegi protes kat datuk seri sharizat pasal ni. mak bapak apa ni, dah le anak-anak lelaki dan perempuan berpeleseran kat kelab malam. esoknya tu hari raya korban pulak. uhh…entahle, i don’t know. mengikut survey underground, 80% melayu islam yang masuk ke kelab malam ni minum (arak). uishh…tak tau le aku survey tu betul atau tak. aku takde time diorang tu kena cekup jadi tak boleh buat kesimpuan sendiri. tapi bagi aku le, antara tangkap orang dan minum arak, yang minum arak tu la patutnya dihentam habis-habisan. uh, marah le aku kalau aku tersilap kata ka apa ka…

pepagi ni aku baca-baca le artikel, lalu aku ternampak yang ini. exco wanita umno nak suruh mufti keluar fatwa pulak pasal halal haram pergi ke kelab malam. aduh, dah nama pun kelab malam. kalau tak minum, pakaian tu camna pulak. tak masuk lagi bab khalwat, zina, etc. bukan nak tunjuk yang aku ni baik sangat, sebab aku pun tak perfect. tapi pepandai fikirlah. korang dah besar. mungkin agaknye lepas ni nak mintak keluar fatwa pasal isu berkhalwat / bersedudukan? ini la kot masyarakat i…..(oops…kena censor, nanti kena tahan isa).

rujukan dari artikel:
1) harakahdaily.net.
2) malay mail.
3) berita harian.