untuk merumuskan semuanya, aku layan friendster gak selain daripada myspace. aku layan friendster dulu. masa first2 dulu, ada ramai member-member yang hantar e-mel kat aku, invite join friendster tapi aku duk delete je e-mel tu. last-last bila frienster tu dah hype, aku pun join le. pastu aku join plak myspace. cerita pasal friendster, ada satu member aku ambik gambar style macam ni. tak tau le aku rasa kelakar ke apa ke, tapi disebabkan aku tengah boring dan aku baru je bangun dari tidur petang aku, aku pun ambik gambar ni. saja suka suka…ahe he he. sapa yang ada add aku kat friendster, cari le kalau jumpa member aku yg pose gaya cam gambar ni. dan kepada yang pose gambar camni jangan mara aa… gurau je…hehehehehehhe…
Yearly Archives: 2004
final aku dah habis
huhu…akhirnya, final aku dah habis. pening kepala, tension-tension pun dah beransur-ansur hilang. lagipun aku lama aku tak post, busy dengan study (ceeewahhhh…). anywhuu…bile final dah habis ni, aku terpaksa sibuk dengan kerja-kerja web design la. dah melambak dah. tak siap-siap. untuk ringankan kerja aku, aku buat sub kat sesapa yang berminat nak design grafik untuk aku. ada la yang berminat. sekarang aku ada la selalu lepak kat mru. tolong-tolong si boss setting server olympic ni. pakai linux redhat, boleh la sikit-sikit. aku reti mandrake aje, walaupun linux mana-mana pun sama gak. tapi tadi ada masalah dengan login root. bengong, kene mintak tolong ustaz gak nanti. dia ok je, takpe la kot. aku bila kat mru ni suka download aje sebab rate dia lagi tinggi dari rumah aku. sini 1mb, rumah aku 512 je. aku punya cd player hilang haritu. aku letak dalam kereta. pastu adik aku pulak bawak kereta pastu parking kat luar rumah tak kunci kereta. apa lagi, kena sapu lah. aku perasan time kereta ada kat luar rumah tuh, aku ada nampak satu lori parking depan rumah nenek putih. aku hanya mampu syak aje la. tapi apa boleh buat kan. benda dah hilang. sayang aku dengan cd player tu. cam nyawa. kumpul duit siap punye lama nak beli…ahe he…
nak jadi playa ke?
hari ni aku kena bangun awal. iyelah, tengah syok-syok tido elma telefon aku. tapi aku tak sempat jawab. bila aku call balik, dia sound aku pasal assignment c. aku duk termenung kejap, pastu baru aku teringat yang nak kena antar hari ni. aku apelagi, cepat2 mandi, pastu pegi kolej. sampai kolej aku lepak ngan mel kejap kat bawah, isap rokok. dia pun apa lagi, open cerita yang dia nak ushar si nad. aku malas nak layan cerita-cerita camni tapi disebabkan semalam aku dah baca semua mesej dalam henset dia, secara automatiknya dia budget aku tau gak pasal hal tuh. so, terpaksa la aku dengar. time aku lepak kat library, aku dapat le tengok kemesraan diorang dua orang tuh. sampai dah naik meluat aku tengok. anywhuu, aku tak kisah. janji jangan susahkan orang lain udah. pandai-pandai jaga diri. tetiba elma suruh jumpa dia kat kedai fotostat belakang kolej. dia duk buat assignment c kat situ. siap dengan print sekali. huh, elokle. patutnya bagi aku buat, pastu print semua sekali. lagi lawa aku rasa. dia nak cepat lagipun, dia tinggal anak dia dalam kereta. aku terpikir dalam hati aje, apasal tak bawak aje anak dia keluar. harini pulak hari last lecturer aku kat kolej ampang. dia kena pindah ke shah alam. aku suka belajar ngan lecturer ni sebab muka dia ada iras-iras jennifer garner / catherine zeta jones…ahahks. anywhuu, lepas antar assignment, si mel duk mengadu kat aku pasal ada sorang member sound nad pasal nampak dia (mel) jalan ngan awek lain kat ampang park. aku mengeluh, eh bukan, menjerit dalam hati…adui le…masalah cenggini pun nak mengadu kat aku. nak jadi playa, tapi kene kantoi sikit camni pun dah menggelabah gile. aku suh dia lepak-lepak je. buat tak tau udahla. salah satu skill nak jadi playa ni kene denied everything. sebabkan aku tak mau jadi bosan ataupun meluat dengar cerita-cerita jiwang ni, aku balik rumah terus. tido lagi best…
cannot live without. . .sugar
semalam time nak hantar adik aku pergi lrt, aku terdengar lagu ‘maroon 5 – this love’ kat radio hitz. lagu ni dah lama keluar dan aku pun dah ada album maroon 5, dah bosan pun dengar. tapi tak tau pasai apa bila aku dengar kat radio aku jadi minat. dengan tak buang masanya, aku pergi download lagu tu tanpa menyedari yang aku boleh rip aje lagu tu dari cd. ntahle, download lagi seronok dengar gamaknya. pastu aku terus dengar dari petang sampai pagi esoknya. jadi lagu tidur aku. seronok la pulak. lagi satu terkejut la jugak. semalam bandwidth aku dalam masa sehari je boleh naik jadi 10mb. gilelah. berapa ribu visitor datang? aku dah set setiap bulan, approx. visitor dalam 500,000 orang. kire ok lah tu. aku aje visit mungkin dalam 100,000. kah kah. tu belum tengok bandwith kat website 959 lagi. sure gile punye. 1gb kot. aku duk upload video clip yang semuanya size atas 10mb. tapi takpe, ikhwan punye bandwith dalam 10gb atau lebih. dia tak kisah dan tak heran sangat pun. yang bestnya mru punya bandwith. unmetered. tu lagi sedap. tadi…aku baru je ambik slip exam aku. next week dah start exam dol. gile ah. pagi tadi tetiba waktu kelas aku dishiftkan ke pukul 9. tersangap aku bangun tido rush ke kelas. seb baik sampai kul 9:30. geng rebonding pun cam biasa lah, sampai kelas lambat, lambat dari aku. pukul 10 kot sampai. time kelas, sesambil aku dengar lecturer berhujah, aku duk main-main le henset member aku. baca mesej, baca itu ini. tetiba aku ternampak mesej yang best kat dalam tu. baru le aku terperasan yang member aku sudah jatuh hati kat classmate. budak geng rebonding. berbunga-bunga ayat dia dalam henset tu. naik geli pulak aku tengoknye. tapi kebanyakannya ayat depa duk karang aku tak paham sangat la. ape dah tua ke aku ni sampai ayat/slanga remaja muda mudi sekarang pun aku dah tak paham. ish ish ish…kene rajin-rajin lepak dengan budak-budak muda la sekarang. tengok life depa camne. petangnya pulak, aku kena pegi kolej lagi sekali, nak kena tunjuk projek final c kat ‘teman projek’. gile tu, semalam berperah otak nak tulis program tu. nasib baik siap dan ok. nak test, aku kene buat kat student center. tapi kat student center pulak penuh. tak selesa aku nak present pastu ramai orang lalu lalang tengok. pastu pulak dengan tetibanya notebook shutdown, aku lupa charge bateri. sungguh siye. gile gak penat tadi. aku tak minum/makan sejak dari tengahari tadi. jadi badan aku kurang gula, jadi lemah sikit. ataupun dah naik lemak, asyik minum minuman bergula aje. time nak balik tadi, aku baru terperasan yang aku tak kunci kereta time parking. gile ah. seriusly gila. nasib baik kereta ok aje. ishk. ni pun aku menulis menatang journal ni lepas aku sembur racun rumpai kat belakang rumah aku. dah naik semak aku tengok, tu yang semalam aku pi beli racun rumpai. nak cabut rumput malas, jadi kita racun aje…heu heu heu…
murtad sambut hari kekasih mirip agama kristian
artikel diambil dari utusan malaysia online pada 12 februari 2004.
lihat artikel penuh di sini atau di laman web utusan malaysia.
balik-balik geng rebonding
wuyoo…final dah dekat giler babas. minggu depan aje. start dengan paper database pulak tu. aduile. tadi petang kelas terakhir. semua kena sound. dengan aku aku sekali kena sound. walaupun aku tak banyak buat slack. kekadang je attendance rongak sikit. ahehe. cerita-cerita pasal database, aku pulak terlupa nak hantar kertas kerja untuk kitar hayat pembangunan dan kitar hayat pengkalan data. sikit lagi nak siap, seb baik minggu depan baru due. cuma yang pening sekarang ni kertas kerja dengan coding untuk c. due hari sabtu ni. adui. rakan projek aku lagi sorang tuh tak datang-datang kelas dari minggu depan sampai minggu ni. rakan projek aku yang dah kahwin tu. dia la rakan projek aku. masalah famili ke. payoh aaa kalu dah kawin ni. masalah aje aku tengoknye. tapi pepehalpun gua tak masuk campur urusan dan hal-hal orang ni. takkan nak menyibuk life orang. kecuali le diminta menyibuk, tu pun boleh le enterprame sket.
anywhuu…hari ni ada sesi mentor mentee. aku pun tak tau ada ke tak. bebudak dalam group aku senyap je. kat semua orang aku antar sms tanya ada ke tak, seekor pun tak jawap. siye punye geng rebonding. menyusahkan aku je. nak telefon aku pun susah gile. balik-balik aku jugak. bil pun dah nak naik melambung. esok kelas aku ingat nak sembur sikit. bebudak muda mudi ni payahlah. kalau bagi muka sikit, mula la nak pijak kepala. susah sungguh. dah le aku sibuk petang tu. nasib baik aku sempat jugak beli racun rumpai. eheheh…
aku baru je redesign website sdarians 959. aku letak video-video yang aku sempat ambik. nasib baik ada ikhwan yang baik hati dan sudi sponsor bandwidth dan web space untuk sdarians 959. terima kasih ikhwan. boleh aku upload memacam video kat situ. nak pulak aku baru beli firewire. space si ikhwan tu banyak gile, 1gb rasanya. bayar pun murah. nak banding dengan webhosting aku ni, bayar mahal, tapi dapat sikit je. tengok le mungkin kalau dah expire sesi ni, aku nak tukar ke tempat lain le. kredit card pun kredit card la. janji murah sikit. tapi setakat ni aku punya webhosting provider nampak ok je. takde downtime. kalau nak banding dengan dulu aku pakai malaynet, asyik jahanam je server. dah naik bosan aku setiap kali down kena setup balik sendiri webserver, ssh, apache, mysql, php, bla bla bla…
geng rebonding buat hal lagi
aku baru je setel buat open house hari sabtu lepas. member-member kolej aku ada gak datang, tapi malam. member-member lain cam ex-sdarians, budak ex-uitm, aku tak expect datang pun. well, aku tak ajak pun kalau nak to be exact. diorang tu semua full of crap. :flip: tunjuk muka bila tengah susah aje. dah senang, lupa member, cam biasa lah. anywhuu, open house aku ok la secara overallnya. aku tak kisah sangat pun. yang pentingnya, time open house, perut aku mesti kenyang. minggu lepas aku ada kelas tambahan hari jumaat. ikutkan, aku malas betul kelas lepas sembahyang jumaat. badan dah terasa malas, tapi tak kisahlah. pergi aje. sesampai, tengok aku sorang je baru sampai ke kelas. time tu dah 15 minit lambat. bebudak ni nak buat hal lagi ke. minggu lepas, lecturer baru je mengamuk sebab budak ponteng kelas. tak serik-serik gamaknye especially geng rebonding. tak kisahlah. janji tak ganggu idup aku sudah. geng diorang ni ramai cawangan. yang paling poyos sekali yang suka lepak depan pejabat admin. cafe punyelah banyak boleh lepak, duk menyemak kat depan tu gak. aku nak lalu pun susah…
APA? firewire?
aheh. lama tak post. beberapa hari ni aku demam dan selsema. pening kepala, makan tak rasa apa-apa, nak bergerak pun terasa tak larat. asyik tido aje kerja aku. makan minum pun dah atas katil. dah macam anak raja pulak. kelas pun terpaksa lah tak pergi. well, apa boleh buat…ahehe ![]()
aku baru aje beli firewire card hari tuh. dah lama aku rancang nak beli benda ni. nak buat video editing, tapi disebabkan masa dan wang yang tidak mengizinkan aku pause dulu projek nih. tapi untuk hari tuh, tanpa berfikir panjang, aku angkut terus firewire card tuh. oh, gembiranya perasaan aku. anywhuu, hari tu sebenarnya aku nak pergi low yatt nak cari tempat yang boleh service notebook. cari punye cari terjumpa satu tempat. specialize dalam baiki notebook. duduk le aku dekat 1jam lebih dengar tokei kedai tu kelentong aku disambil dia cabut-cabut notebook kakak aku ni. bila dah siap servis, dia sound aku: “you try dulu la dalam 1 week kalau tak ok, you datang lagi. service charge rm30 ya” peh, rm30 aje untuk godek-godek notebook dan dicampur dengan sedikit sebanyak kelentong. tokei kedai tu cuma kasi bisnes card dia aje la. kalau cam ada satu kedai aku pergi dulu, dia siap offer air lagi. hehe. kalau camni aku pun nak bukak kedai lah. kelentong-kelentong aje dah untung. balik je rumah, aku terus-terus aje pasang firewire card tuh. edit video. ha ha ha…terasa canggih pulak aku. senang le sikit. boleh saving tape dv. dah le satu tape mahal nak mampus.
near death experience. again?
well, aku baru je balik dari penang ni. gile ah jam dari lembah beringin sampai ke kl. pening kepala aku. tak ape lah. janji sampai rumah dengan selamat. cumanya tadi time on the way balik ke kl lah ada bende yang gile dah terjadi. time tu kat bukit lepas terowong kat perak. bukit sebelum tol. time tu jalan jam, dari lepas terowong ke tol. aku bawak le pelan-pelan. dah habis pelan dah. distance ngan kereta depan pun aku jaga. bila sampai kat lereng bukit, aku biar aje kereta aku cruise down. tapi tetiba aje kereta depan aku emergency brake. terkejut aku, terus tekan brek. aku terlupa nak pam ke, nak tarik handbrake ke. semua terlupa. tekan-tekan brake, dia tak jalan. time tu ada dalam 1 meter. aku tengok macam dah takde harapan dah. mati le aku kali ni. tetiba refleks aku pusing stering ke kiri. time tu kalau lambat sesaat, aku dah hentam kereta depan aku sekuat-kuatnya. ish…seb baik kereta proton wira aku tu response dia cepat. selamat aku untuk hari tu. dan nasib baik jugak le takde kereta kat sebelah kiri aku. sayang gila aku kat kereta proton tu. walapun tadi mak aku dah offer nak tukar pakai bmw, aku tak mau tinggalkan kereta tu. sayang gile. mungkin aku refurbish aje le kereta tu nanti. leather seat, cd-player atau mungkin tukar enjin mivec. esok kene chek ngan ah meng la brake ngan tayar aku. pehal le ntah.
aku baru je habis dengar lagu dari soundtrack 30 hari mencari cinta. :band: vcd dia pun ada kat rumah ni, tapi aku malas tengok lagi. nanti le agaknye. apasal aku tetiba minat sheila on 7 ni pun aku tak tau. ahaha…nak pulak adik aku duk kumpul cerita queer eye for the straight guy tuh. aku duk layan tengok sekali. anywhuu…chow
korban
aku balik kampung kat penang ni tanpa disedari yang aku ada assignment yang banyak nak mampus tapi belum siap lagi. mungkin ini korban. ahehe. aku dah bawak buku dan kertas-kertas yang perlu masa balik kampung ni, tapi tak cukup. last-last separuh jalan je aku buat kerja kat sini. raya korban kat penang ni kire ok lah. kalau pergi sembahyang raya kat masjid bayan baru ni, memang dah macam pergi fashion show. gadis-gadis kilang kat sini, especially warga indonedia dressing nak pergi sembahyang raya, pehh…memang menangis la kalau model betul tengok. kalah abis. macam-macam fashion ada. ada yang belah tang tu, ada yang belah tang ni. macam-macam le lagi. habis le orang-orang tempatan. tapi…kalau nak bising-bising, kadang-kadang tak patut juga. walau seglamer-glamer pun pakaian diorang ni, diorang datang le jugak sembahyang raya. kalau nak ikut anak melayu yang lain, especially perempuan yang dalam lingkungan umur 16-22, tak banyak pun aku tengok. mungkin semuanya tengah tido lagi ataupun lebih prefer duduk kat rumah tengok tv. ada jugak bebudak remaja lelaki yang tak pergi sembahyang raya pun. kalau sembahyang fardhu pun masih tertinggal-tinggal, takkan le sembahyang yang satu tahun sekali ni pun tak mau pergi.
anyways, kalau aku pergi penang ni, aku memang nak pergi bukit ferringhi. nak beli dvd. ehehe…kekadang kalau aku tak pergi sana, aku pergi beli dvd kat bukit mertajam. collection dia banyak lagi dari kl. cerita-cerita lama pun ada. boleh buat collection. aku nak kena balik kl hari ni. esok kelas dah bermula. aku tengah bersiap sedia nak kasi my ass kicked by lecturer. aku tak datang kelas tambahan hari jumaat aritu. well, apa boleh buat. family matters…ehehehehe…
limau masam dan cikgu disiplin
hip hip hurey…aku nak kena pergi penang ini hari. yang tak bestnya, aku kena drive dari kl sampai penang. adik beradik aku walaupun dah belajar bawak kereta tapi semuanya tak reti nak drive lagi. aku dah le mengantuk. time CNY haritu, aku dapat satu kotak limau. keseluruhan limau2 tu ok la, kecuali ada satu dua yang masam. pastu terkena kat aku pulak yang masam tu. tak pe lah. semalam group aku kena panggil dengan course tutor atau dengan kata lain, cikgu disiplin. bebudak group aku la bengong, kelas ada tapi duk ponteng-ponteng. lecturer pun dah naik bengang, terus sound course tutor. apa lagi, kena basuh la dekat sejam kat conference room. pening gak kepala aku. time course tutor tanya soalan, jawapan bebudak kasi semua yang bengon-bengong. aku punyele pikir nak cari jawapan yang canggih agar tak dapat dicounter balik dengan course tutor, akhirnya aku dapat satu ayat. “nak dapat waktu yang compatible dengan masa saya”. ha ha ha…terus jadi ‘template’ ayat aku. takpelah. tapi kalau nak diikutkan, bebudak group aku dengan aku-aku sekali memang patut kena basuh kat conference room haritu. dah seekor-sekor cam haram jadah je, datang tak datang kelas. siapa tak bengang. time aku jadi lecturer sementara dulu, aku pun bengang kalau budak tak datang kelas. kalau henset berbunyi dalam kelas pun aku bengang gak. basicly, bebudak ni nak kena suluh dulu baru nampak jalan. tak mau cari lampu suluh sendiri.
masuk cerita lain, aku sebenarnya kesian gak kat orel selama ni. dia beli domain mahal-mahal dengan aku dengan harapan dapat webhosting yang ok. dulu dia join server aku, tapi server tu pulak si sundal yang maintain cam haram, terus hancur server tuh. pastu dia pun guna geocities. sekarang aku baru je setup webserver yang baru. so far, semuanya nampak ok, canggih dan mantap. webmail pun dah setup sekali. so, aku pun kasi le dia space sikit kat aku punye webserver. aku host la website dia tuh. saja tolong2 member. kalau bukan sekarang, bile lagi? but anyway, untuk bebudak lain yang duduk bawah hosting aku nih, jangan lupa iklan-iklan di website anda. kang aku libas kepala sorang-sorang karang…ahaks! gua calo dulu bai.
lecturerku tengok mutant x
hurm hurm hurm…lama seh tak post. balik-balik aku kasi reason busy (tapi memang iye pun). final dah makin hampir. assignment pun banyak yang nak kena hantar. takpelah. aku pun dah kurang-kurangkan tido aku. especially waktu malam. duk menaip je nak abiskan program c yang durjana nih. aritu time kelas database, lecturer aku ada le tanya bebudak, diorang tengok tak cerita mutant x. peh, sungguh advance lecturer aku ni. berjiwa muda. dia kata, biasanya dia tengok smallville hari ahad, tapi sebab sekarang cerita tu nak masuk season 2, dia ganti lah dengan cerita lain. takpe ah. aku baru-baru ni time raya cina, pergi penang ngan boss & kakak dia. lama giler aku tak pergi penang. biasanya bila mak ngan ayah aku ajak pergi sana, aku terasa malas le. kerja banyak kat kl. pergi penang aritu pun tak sempat jalan-jalan ke mana pun. ingatkan nak pergi bukit ferringgi, tapi tak sempat. jadi aku ngan boss lepak kat kedai burger member dia aje la. dapat gak merasa lepak gerai burger sambil main kad uno. ha ha ha, yang bestnye, first frame game tuh aku menang. sambil aku jalan-jalan kat penang, aku pi jalan-jalan gak kat kedah. ingatkan nak jumpa nenek aku kat lunas, tapi dia takde kat rumah. mungkin lain kali lah.
anyway, aku akhirnya dah beli webserver. ni pun baru pindah. ada sesetengah file dan function tak jalan masukkan lagi. tengok la kalau aku ada masa, aku setelkan le. keseluruhannye yang aku tengok, webserver ni best gak le. senang config sebab pakai cpanel. so, tak banyak masalah cam dulu-dulu aku pakai ssh terminal. kene ingat command itu ini. old skool gak le gamaknye. ok ah, gua calo dulu…