heh, entry emo lagi nihh. minggu lepas, aku baru dapat call cakap yang cek aku dah siap. fuh, dua bulan tunggu tuh. dalam waktu dua bulan tu aku ada la call sikit-sikit, tapi diorang kata pending. takpe aku tunggu. memandangkan company ni kat kelang sana tuh, aku suruh courier lah cek aku tu. tak sempat aku nak ambik by hand kalau lepas kerja.
aku kira-kira, kalau dapat cek ni, boleh le aku nak buat rolling modal. esok aku tunggu, tak sampai. lusa, tak sampai. tulat, tak sampai. ada sampai seminggu, darah aku dah naik. aku call. pastu oh, dengan senangnya dia kata “maaf tak hantar lagi sebab tak sedar cek tu terselit celah fail”. apa babi??? ulang balik??? sila ulang balikk??? terus off the roof darah aku naik. nak mencarut kang, tak elok…so aku cakap something kat minah yang handle account aku tu.
nama dah gah. orang sana-sini kenal. company global, besar, bumiputera. selalu dapat tender dengan kerajaan atau lebih spesifik, kementerian pertahanan juta-juta. memang le kalau nak banding cek aku ni, takde la sampai juta-juta, tapi itu hak aku. apasal bila businessman melayu nak buat bisnes aje kena tindas habis-habisan? dah jadi macam pengemis pulak aku duk call sana sini. buat aku macam tunggul, habiskan duit dan masa aku.
kalau macam ni lah, memang tak boleh jadi. aku tak suka tarik-tarik orang yang aku kenal untuk setelkan masalah aku. tapi kalau camni, aku nak aje call pakcik aku. kasi out semua yang ada kat situ, especially dan spesifiknya bahagian akaun. buat kerja tak serius langsung. gini ke iso 9001?
hampeh.


