
emm…amacam weekend? aku? aku takde kat kl lah time weekend. aku balik utara. atau lebih detail, kampung aku kat kulim. aku bawak diri sebab pangga merajuk, lalu emo tak nak terima apa-apa link dari aku. haa haa haaa…anyways, aku pegi sana sebab saudara aku kahwin. jadi, aku kena pegi sana lah, tunjuk muka disamping rewang tolong pakcik aku. lagipun aku kena jadi wakil. well uh, responsibility comes with the territory.
kalau ikutkan, aku nak balik awal. lepas kerja terus gerak. tapi boss aku tahan. dia kata ada orang dari mimos datang dan aku kena buat sales dan close deal dengan mamat tu. sensorang pulak tuh memandangkan boss aku balik lambat ke opis. ahh…tension. orang dah balik, aku duk tercanguk lagi duk buat presentation sampai ke malam. pung pang sana sini, at last dapat jugak close. pukul 9:30 malam. fakk. setel agreement semua, aku terus blah balik rumah, pastu gerak.
satu-satunya benda yang boleh menyelaraskan kewarasan aku dan juga tahap mengantuk aku ialah dengan muzik dari cd haram dan tuhh, ali kafe kopi power root. bertenaga sungguh. aku bawak selaju yang mungkin sebab nak sampai cepat ke seri malaysia. mamat front desk tu ingat aku sampai kul 11 malam. tapi rupa-rupanya 3 pagi. tenaga power root pun cukup-cukup habis time aku sampai. heh.






