Category Archives: Rants

My rants

hantar buku biru

yezza…itulah dia pride and joy aku setelah bertungkus lumus selama 3 bulan yang lepas. akhirnya dapat jugak aku siapkan tesis fyp dan sekaligus membukukan menatang tuh. dah puas aku berjaga malam (tapi aku bukan macam ‘mat selera malam’), tak tido dua hari (nasib baik ko bagi upah ‘keropok’ dan belanja makan kat au5), keluarkan air mata (sebab mengantuk, ok?), keluarkan air liur (membebel), keluarkan duit (beli itu ini), keluar masuk sepital (stress), beli eye-mo dan sebagainya.

ni nak buat ucapan oscar sket. pepehal, time kasih gak le kat supervisor aku yang cun tuh (yehaa…ni kipas siber ek puan. mana le tau, puan nak kasi saya A ke. he he he), ‘gadis istimewa’, bebudak kumpulan aku, gadis-gadis litar, rakan-rakan dan kucing aku. of course le, terutama kat mak bapak yang tak puas-puas berleter sebab aku selalu tidur lewat dan juga kat ko bro, sebab teman aku sampai awal pagi, pastu kasi pinjam laser printer color, black and white. gile ah dindong, berkilat gambar gua print. hu hu huh.

dah, tu je. aku nak tido dulu.

free time

sejak dua menjak aku dah setel semua hal ni, banyak betul masa percuma aku. bila dah percuma ni, asyik kene suruh aje lah. tapi takpe, sebab arahan datang dari boss besar. direct order tak boleh dideny. nanti tak manis. he he. lagipun sekarang, dapat aku setelkan projek berkebun dibelakang rumah aku. sekurang-kurangnya, nampak le clear sikit. kalau tak bersemak aje. aku tengok pun benci.

dua bulan lepas, isi rumah aku ditambah ahli baru. kucing. nama chemong (teka nama ni asal dari mana). ok la, ada penghibur. cuma yang aku tak tahan, bulu bersepah dengan maintenance. mak aii…dengan upah grooming la, makan la, hape la. gile sewel. sebabkan aku adalah salah seorang dari isi rumah, kene chip-in lah.

nasib baik aku tak mengantuk lagi. ni baru je balik dari putrajaya. duk pusing-pusing cari pasal. macam kat kl takde tempat lepak je (eh, memang takde pun. gile bosan).

hati

kadang-kadang aku pelik. kat depan nampak ok. tapi bila kat belakang, cerita dah jadi lain. aku berfikir sendirian. apa yang tak kena. aku buat salah ke. tapi, aku tak jumpa. kebiasaannya, aku sentiasa diinclude dalam apa-apa majlis dia. tapi sejak akhir-akhir ni, takde respon. macam line busy gitu.

jadi, ia membuatkan aku berfikir. salahkah aku terhadap dia. eh, ayat tu terjadi jiwang pulak. aku buat salah dengan dia ke? tak kut. sebab dia cakap kat aku, yang dia ok je. tapi kan, kalau dia nak marah aku sebab ‘hal yang itu’, kamon le. bukannye aku nak bolot semua. aku adalah aku. dia pun tahu. kalau ada tersilap tu, mungkin tak sengaja.

kesimpulannya, learn how to let things go. the problem will still be there if you don’t let it go.

evicted

while growing up, i was teached how to respect people, be courteous and have manners. although i sometimes act like a jackass, the value is still there. when i was treated with the opposite value, i’m kinda frustrated. we thought we know somebody until they show their real colors.

it’s more appropriate and gentlemen if the person who has a problem with me just come and meet me and say it to my face.

sepital

aku masuk spital plak hari ni. nasib baik aku bawak laptop. nasib baik jugaklah sini ada wireless. ha ha ha…

wrong day

when there’s too much happiness, i sense there will be something wrong could happen. something bad. yes, my prediction is true. it’s murphy law i guess.

hot water

semalam member aku buat guys night out. ok le tuh, kalau tak sesekor asyik kuar dengan betine je. kiterang takde la pegi tengok stripper mahupun tengok bapuk kat lorong haji taib tu. kiteorang pegi mandi air panas kat selayang. selalu pegi balik selayang, aku pun tak tahu ada kolam air panas kat sini.

patutnye janji pukul 10 malam, tapi kiterang bertolak dah dekat pukul 11 malam. ceh, camne janji neh. time sampai sana tuh, orang ramai gak le, tapi tak pack. nak mandi, tapi lupa gayung. nasib baik ada uncle sorang tuh kasi pinjam. start dengan kolam biasa, pastu naik ke medium, pastu yang paling panas.

yang biasa tu, boleh le rendam-rendam, berenang, etc. tapi yang medium dengan paling panas tu, memang takble bla. yang aku bolehnye kat kolam tu, ceduk air pastu siram kat badan. rasa semangat tu ada le lepas mandi air panas tuh. segar. tapi yang tak bestnye, aku balik rumah, esoknye aku selsema. ceh!

perabut

aku bukannya suka sangat shopping nih. bagi aku, kalau nak beli barang, aku rancang apa yang nak dibeli dan kat mana nak dibeli. aku pergi sana, bayar pastu balik. jarang window shopping lah kiranya. tapi, kalau aku terpaksa, ikut sajalah. wat tu du. he he he…

kelmarin, aku kene beli perabut sikit untuk rumah. jadi, aku pergi le ikea damansara tuh. ya ampunn…ramai gile babi orang. memang tak ble bla sungguh. dalam ikea tu pun ramai gak orang. ceh, takde tempat lain ke diorang ni nak pergi? sungguh menyemak.

alkisah kalau dah ada kat situ, aku mesti pergi jalan kat the curve. cam biasa, tempat tu masih bosan. cume dapat le tengok-tengok menatang kat tengah-tengah tu. macam petaling street. takde bende menarik pun. kesimpulannya, the curve masih boring. he he he…sekian.

semua baru

hepi nu ye. ah ye dua ribu tujuh. amacam azam? ah, aku tau korang semua tak buat pun azam tahun lepas. buat tahun ni sebab nak kasi cukup syarat je. ha ha ha…aku? cam biasa, tak buat. takpe, janji bahagia sudaa…

macam tahun-tahun yang lepas, aku memang sambut new year kat luar. biasalah tu, anak muda. teringin nak tengok bunga api. tapi tahun ni aku kat rumah aje. sambil tengok tv sambil makan. ntah, dah tone down sikit kut. marah gak le kawan-kawan aku, ajak sambut bersama kat luar tapi aku tak pergi.

rasa macam nak abandon menatang blog ni pun ada gak terasa. tapi memandangkan aku dah bayar mahal, membazir la. amalan setan tu tahu? bukan tak nak update, tapi haha…ni reason lama. ‘busy gile’. aku punye kapla projek la, buduh gile. duk tangguh-tangguh tarikh presentation. aku dah nak terkencing dah ni haa.

minggu-minggu yang lepas, aku pergi sunway lagoon. bapak ah lama tak pergi situ. sesampai je sana, memang nampak lain gile. sayangnye ada beberapa tempat tak boleh naik. rosak katanya. aku sempat le habiskan semua. last sekali naik log kayu tuh, sampai basah baju dan seluar. tapi takpe, memang dah hujan masa tu. ada satu permainan tu, aku panggil cawan berpusing. tak tahu pasaipe takble bla sebab aku naik menatang tu rasa macam nak muntah. yang lain ok je. lol.

kat sana, ada sorang minah ni tegur aku. dia cakap dulu dia satu course dengan aku time kat uitm dulu. budak ftmsk. aku berfikir kejap. pastu aku pun iyekan aje lah sebab kang kalau aku cakap tak ingat, kecik hati dia. salam-salam, borak sikit, pastu ucap bye-bye. pusing punye pusing baru aku teringat sikit-sikit. nama minah tu wana. dulu geng-geng aku selalu kutuk dia dengan boifren dia tuh. wana dan ajib. ha ha…jahat sungguh aku ini.

akhirnya aku dah beli barcode reader untuk projek aku nih. yee ha ha. dapat dalam bawah rm50. memang cun. pasni aku nak tembak semua bende. kucing aku pun sekali. okeh, wa logout dulu.