
kadangkala dalam hidup, kita pasti akan disalahkan atas sesuatu yang bukan kita lakukan. ada kalanya juga, ketidakadilan pasti akan datang menjelma. tapi, apa boleh buat kan? pagi ahad semalam, bila aku bangun tido aje, hati aku betul-betul rasa sedih. sedih yang amat. punyalah jaga betul-betul tapi akhirnya, habis.
aku naik minyak bila tengok bumper kereta aku bercalar. ni celaka mana punya kerja ni? seingat aku, lepas basuh kereta, aku terus tak keluar pergi mana-mana. akhirnya jadi macam ni. aku nak salahkan orang sebelah rumah sebab rumah diorang buat construction. mesti ada yang sial terlanggar kereta aku. tapi apakan daya. takde mata yang melihat.
nak touch-up, duit lagi kan. dah la baru aje cat satu body kereta dua bulan lepas. aduhai. nak bekerja harini pun takde mood. tengoklah camne.
sakit hati je kan kalau ada org seret kereta kite pastu dia lari. T_T
tengah bersedih le ni