pusing-pusing

cadang aku hari ni nak pergi putrajaya. tapi memandangkan aku kena ke lowyat untuk beli sesuatu, aku bercakap dengan diri aku sendiri bahawa selepas beli, terus pergi lah. ajak teman ke. so, aku pun pergi lowyat. ushar barang dan terus beli. panas gila hari ni. peluh rasa macam mandi air terjun. sesampainya aku kat rumah, aku pun bersemangat la nak tengok barang aku beli tadi. design memang lawa. berkilat lagi. wow. pastu aku pun pasang barang tu.

pun-pang sana-sini, aku dah blank. ada problem tak boleh proceed. problem sata2. dah ikut satu-satu instruction tapi masih tak boleh. aku dah mati kutu. ada la sejam aku naik turun tangga. research internet, etc. kaki dah nak tercabut rasa. last-last aku ambik keputusan nak pergi balik lowyat, tanya mamat sales tu apa cer sudah terjadi. adeh, rugi duit parking dengan minyak. bila tunjuk kat mamat tu, sekali dia buat boleh. adehh…tensennya. sekali tekan plak tu.

hangin betul aku dengan murphy law ni. belasah kang baru tau.

One thought on “pusing-pusing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *