Yearly Archives: 2007

sejuk

gi mana aku? ah, aku ke kuantan (the o.c versi malaya. huh) minggu lepas. ada kenduri tahlil. memandangkan aku termasuk dalam golongan sepupu utama (main character lah tu. ceh!), aku perlu hadir. selain dari itu, aku perlu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang 2nd commander. oleh itu, opsyen yang ada disini adalah “ya”, “baik” dan “ok” walaupun pada hakikatnya, aku ada sedikit hal yang perlu diselesaikan di kuala lumpur. ah, tak apalah. itu boleh tunggu.

di sana ada gerai cendol/abc yang aku gemar. acapkali ke kuantan, gerai itu harus dikunjungi. cendol, abc dan rojak mee. sedap. memang layan.

apa lagi? buat masa ini, tidak ada. hanya sibuk dengan kerja, appointment, ceramah dan meeting. jika diikutkan hati, mahu sahaja aku tidur, tapi, apa gunanya badan yang sihat jika tidak digunakan. betul?

broken

lawa kan focus dia? gile babi punye macro nih. sesetengah orang kata lawa, tapi kalau aku tengok, rasa sedih ada, nak menangis pun ada. alkisah, cermin mata hitam kegemaran aku. custom made jauh gile. aku sempat melaram dengan bende tu setahun sahaja. citer dia gini. aku pergi bersuka-ria kat sunway lagoon. memang fun, tapi disebabkan satu insiden yang tak boleh dielakkan, bende tu terbelah dua. yaaa…memang style.

aku ada spare, tapi takde ‘power’. so, kalau pakai yang spare, tak boleh bawak kereta. tak nampak. kalau gini, aku suh adik aku drive aku ke mana-mana je lah. sempoi sket. lutut aku ni pun dah macam nak longgar sebab asyik duk drive ke sana-sini. tapi lutut aku tak longgar sebab main ‘sukan satu tangan’ ok? ha ha ha…

okeh, aku nak tido dulu. penat gile tadi kene rewang rumah mak sedara aku. akak sedara aku nak bertunang. aku? lambat lagi weh. masih muda remaja. ceewah. malam kang member aku nak belajar main golf. jadi cikgu la plak aku. ada sapa nak join?

Podcast (160307)

in an effort to look cool, i have started to join in the podcast mania. entahle. maybe it will be fun eventually? let’s see if i will continue this thing. anyway, i’m using 32kbps with 22khz. anybody here know how to lower the file size (or change the kbps/khz) without sacrificing the quality (sacrifice a bit is okay, i don’t mind) or make my voice sound like a chipmunk? the recording software i use for this is audacity.

kandid sentiasa

aku tak gheti ambik gambar ni. tapi aku saja-saja buat reti. kononnye. aku tak tahu apa itu exposure, iso, zoom, dimension, aperture, shutter speed, etc. etc. hohoh, gile. tapi, walaupun aku tak gheti, aku belajar sendiri. tengok internet atau baca buku. sekali sekala, ayahanda aku tolong ajarkan. dia memang hussler bab fotografi ni tapi aku berat mulut nak tanya.

hobi ke tuh? aah, fotografi ni memang dah jadi hobi. walaupun ada, tapi aku kurang suka berfotografi dengan senjata slr. asyik-asyik dengan kamera murah aku. entahle. senang sumbat dalam poket agaknya. ah, feature dah nak dekat sama dengan slr. boleh edit dengan photoshop walaupun aku nih jahil photoshop. tengok aje le flickr atau galeri aku tuh.

persetankan.com ada buat tema fotografi. dah tema ke 18 rupanya. aku ketinggalan. tapi takpe, aku join tema ke 18. kandid. best ke aku? tengok je lah kat situ kalau ada.

hantar buku biru

yezza…itulah dia pride and joy aku setelah bertungkus lumus selama 3 bulan yang lepas. akhirnya dapat jugak aku siapkan tesis fyp dan sekaligus membukukan menatang tuh. dah puas aku berjaga malam (tapi aku bukan macam ‘mat selera malam’), tak tido dua hari (nasib baik ko bagi upah ‘keropok’ dan belanja makan kat au5), keluarkan air mata (sebab mengantuk, ok?), keluarkan air liur (membebel), keluarkan duit (beli itu ini), keluar masuk sepital (stress), beli eye-mo dan sebagainya.

ni nak buat ucapan oscar sket. pepehal, time kasih gak le kat supervisor aku yang cun tuh (yehaa…ni kipas siber ek puan. mana le tau, puan nak kasi saya A ke. he he he), ‘gadis istimewa’, bebudak kumpulan aku, gadis-gadis litar, rakan-rakan dan kucing aku. of course le, terutama kat mak bapak yang tak puas-puas berleter sebab aku selalu tidur lewat dan juga kat ko bro, sebab teman aku sampai awal pagi, pastu kasi pinjam laser printer color, black and white. gile ah dindong, berkilat gambar gua print. hu hu huh.

dah, tu je. aku nak tido dulu.

free time

sejak dua menjak aku dah setel semua hal ni, banyak betul masa percuma aku. bila dah percuma ni, asyik kene suruh aje lah. tapi takpe, sebab arahan datang dari boss besar. direct order tak boleh dideny. nanti tak manis. he he. lagipun sekarang, dapat aku setelkan projek berkebun dibelakang rumah aku. sekurang-kurangnya, nampak le clear sikit. kalau tak bersemak aje. aku tengok pun benci.

dua bulan lepas, isi rumah aku ditambah ahli baru. kucing. nama chemong (teka nama ni asal dari mana). ok la, ada penghibur. cuma yang aku tak tahan, bulu bersepah dengan maintenance. mak aii…dengan upah grooming la, makan la, hape la. gile sewel. sebabkan aku adalah salah seorang dari isi rumah, kene chip-in lah.

nasib baik aku tak mengantuk lagi. ni baru je balik dari putrajaya. duk pusing-pusing cari pasal. macam kat kl takde tempat lepak je (eh, memang takde pun. gile bosan).

hati

kadang-kadang aku pelik. kat depan nampak ok. tapi bila kat belakang, cerita dah jadi lain. aku berfikir sendirian. apa yang tak kena. aku buat salah ke. tapi, aku tak jumpa. kebiasaannya, aku sentiasa diinclude dalam apa-apa majlis dia. tapi sejak akhir-akhir ni, takde respon. macam line busy gitu.

jadi, ia membuatkan aku berfikir. salahkah aku terhadap dia. eh, ayat tu terjadi jiwang pulak. aku buat salah dengan dia ke? tak kut. sebab dia cakap kat aku, yang dia ok je. tapi kan, kalau dia nak marah aku sebab ‘hal yang itu’, kamon le. bukannye aku nak bolot semua. aku adalah aku. dia pun tahu. kalau ada tersilap tu, mungkin tak sengaja.

kesimpulannya, learn how to let things go. the problem will still be there if you don’t let it go.

evicted

while growing up, i was teached how to respect people, be courteous and have manners. although i sometimes act like a jackass, the value is still there. when i was treated with the opposite value, i’m kinda frustrated. we thought we know somebody until they show their real colors.

it’s more appropriate and gentlemen if the person who has a problem with me just come and meet me and say it to my face.

bila budak sains bercinta

aku curik dari forum. layankan…

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10’23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian…

sepital

aku masuk spital plak hari ni. nasib baik aku bawak laptop. nasib baik jugaklah sini ada wireless. ha ha ha…