
patrick. kawan baik spongebob. tu aje.

patrick. kawan baik spongebob. tu aje.
cakap bi sket. lama dah aku tak cakap bi. most of the time today i spend at the board room. hearing, speaking and scribble something. during puasa month, i prefer sit at my room and stare at the monitor without doing nothing or best yet, sleeping and covering it up so nobody would see. unlucky me, that wasn’t achieveable today since the ‘big dawg’ is in the house since last week.
the dude is okay actually. he helped me a lot during my time at sabah. generally to sum it up, he’s a cool guy and suitable to the title ‘the big dawg’. anyways, eventhough he the cool dude, he just pile up a new project for me. which, what can i say is, crap. i actually have two pending things and now i have to do another one with a short time span? damn. but then, who am i to complain. nobody can do nothing, that is.
my friends from the college days asked me to berbuka with them at ampang. i went there with teman. ah, remembering the good old days, looking back at the past. hanging out with old friends, laughing, discussion, gossip, kutuk and making jokes. great time but not so great food. who pick this place anyways? heh, better luck next place.
recently i get a comment regarding my very-very early post. the ones i’ve been doing in english. you know, the usual comment. misspelled words, grammar, etc. well, thank you there you f–ing grammar nazi. who the f– cares if i want to spell it wrong and leave it there? you f–.
okay, ciow. csi is on tv.
watsup.
aku ada dapat invite untuk register www.azfar.my bulan depan. tapi, tahun berikutnya, aku kena bayar rm120 lah untuk natang tuh. hmm…camne ye. tapi memang cool lah kalau aku dapat pakai url tu. lagi cool dari kutub utara.
jap nak pikir.

hmm…nyeh. custom made untuk merdeka. pastu sekadar untuk jadi eye candy masa pameran kereta. kalau betul release untuk public pun mungkin harga dia melampau-lampau mahal. tengok lagi gambar di sini.

haritu ada orang ajak aku berbuka kat luar. aku setuju, lalu mengikut orang tersebut berbuka kat luar. sekian terima kasih.
memang blank. apa yang akan korang buat, kalau termengalami situasi yang seperti ini. katakanlah korang kenal sorang member nih. bagi dia nama ‘abc’. dia bekerja sebagai seorang wartawan. bekerja undercover kat sebuah kompeni besar dengan harapan untuk dekat dengan boss besar, kumpul rahsia dia dan akhirnya membongkarkan rahsia boss kepada media. dimana tindakan ‘abc’ itu akan sekaligus memusnahkan karier dan hidup boss tersebut.
alasan ‘abc’ untuk memusnahkan karier boss tu adalah kerana menganggap bahawa boss tu telah berkonspirasi membunuh kawan baik ‘abc’ nih dengan kejam. tetapi pada akhirnya, rupa-rupanya yang membunuh kawan baik ‘abc’ itu adalah ‘abc’ sendiri kerana tidak tahan dengan perangai kawan baiknya yang selalu mengugut ‘abc’ sebab pada waktu dahulu, dia ternampak ‘abc’ dan emak ‘abc’ membunuh ayah ‘abc’ lalu menanamnya dibelakang rumah.
alasan ayah ‘abc’ dibunuh? mereka tak tahan lagi didera. kita sangkakan ‘abc’ seorang yang innocent tetapi berdarah sejuk (cold blooded. lol), kerna dengan selamba kataknya membunuh kawan baiknya dan juga seorang rakan lelaki yang telah mengantoi ‘abc’ kerana ‘abc’ masih belum mahir membuat modus operandi ‘the perfect crime’. setelah membunuh, dengan selambanya dia berlakun innocent dihadapan pihak berkuasa. bagaimana? camna mahu buat?

hah. puasa. dah masuk hari ke dua. agak terkilan sebab tak dapat berbuka dengan family pada hari pertama, tapi tak apa. ada banyak lagi hari yang boleh digunakan. cuma diharap kali ni kalau pegi pasar juadah tu, jangan pikir selera perut je nak angkut semua macam tahun-tahun yang lepas. he he he. sampai kembung perut pastu tido. lol.
aku baru je ambik ‘permainan’ baru aku haritu. jauh gile tempat dia. hulu subang sana nun. saja seronok-seronok buat koding untuk pembaca mykad. aku ingat nak idupkan balik hobi aku ni, buat koding. ntah, rasa macam aman pulak kalau aku menaip natang tuh walaupun masa belajar dulu, punyelah benci.
dah, aku takde idea. kepala aku ingat air soya dengan air tebu aje. selamat berpuasa buat semua.
hoh, ngantuk gile. pening pun ada. nak mc esok bleh? eh, quick updet la sket. anyway, citer pasal sepan bob? oi ngah, tengok ni. aku ada boxer sepan bob. jeles tak? jeles laa…meh la jeles. ya’a, aw!

citer pasal kad, aku terjumpa pulak gambar ni aku ambik tahun lepas. ada budak sekolah (sekolah rendah kut?) baru nak belajar bercinta. first monkey love tuh. hantar kad kat secret admirer dia, tapi sekali salah rumah daa. aku kasi a+ for effort tapi d for strategy. meh aku kongsi sikit isi kandungan dia. klik link untuk gambor hi-res:
salah rumah #1
salah rumah #2
salah rumah #3
okey, tido dulu.
nyeh. dah 50 tahun. apa yang dah dicapai lepas 50 tahun? kalau ikutkan yang secara general, banyak gak pencapaian. maju. gile maju. tapi, kalau didetailkan, tak banyak. makin teruk ada la kut. petang lepas habis urusan, aku jalan menuju ke lrt, nak balik rumah. yep, rakyat masih di tahap yang sama. polisi enjoy first. semangat berkumpul di klcc atau kat mana-mana sahaja, menjerit merdeka tanpa mengetahui, apa maksud merdeka tu sebenarnya. lagi best bila tengok ada yang sesetengahnya takde i.c warna biru tetap bersama-sama jerit merdeka.
sana sini orang duk citer pasal merdeka. aku tengok kat tv aritu, diorang tanya minah ni, apa erti merdeka kepada generasi muda. minah tu diam kejap, tergagap-gagap, pastu bagi jawapan yang aku rasa tak compatible langsung dengan soalan. mamat yang tanya soalan tu mengiyekan aje la jawapan minah ni. ehh…budak sekolah rendah pun reti jawab tu. jawapan kepada erti merdeka tu ada kat mana-mana dah sekarang. dah jadi macam template. orang boleh copy, pastu ubah sket-sket mengikut citarasa.
heh, entry emo lagi nihh. minggu lepas, aku baru dapat call cakap yang cek aku dah siap. fuh, dua bulan tunggu tuh. dalam waktu dua bulan tu aku ada la call sikit-sikit, tapi diorang kata pending. takpe aku tunggu. memandangkan company ni kat kelang sana tuh, aku suruh courier lah cek aku tu. tak sempat aku nak ambik by hand kalau lepas kerja.
aku kira-kira, kalau dapat cek ni, boleh le aku nak buat rolling modal. esok aku tunggu, tak sampai. lusa, tak sampai. tulat, tak sampai. ada sampai seminggu, darah aku dah naik. aku call. pastu oh, dengan senangnya dia kata “maaf tak hantar lagi sebab tak sedar cek tu terselit celah fail”. apa babi??? ulang balik??? sila ulang balikk??? terus off the roof darah aku naik. nak mencarut kang, tak elok…so aku cakap something kat minah yang handle account aku tu.
nama dah gah. orang sana-sini kenal. company global, besar, bumiputera. selalu dapat tender dengan kerajaan atau lebih spesifik, kementerian pertahanan juta-juta. memang le kalau nak banding cek aku ni, takde la sampai juta-juta, tapi itu hak aku. apasal bila businessman melayu nak buat bisnes aje kena tindas habis-habisan? dah jadi macam pengemis pulak aku duk call sana sini. buat aku macam tunggul, habiskan duit dan masa aku.
kalau macam ni lah, memang tak boleh jadi. aku tak suka tarik-tarik orang yang aku kenal untuk setelkan masalah aku. tapi kalau camni, aku nak aje call pakcik aku. kasi out semua yang ada kat situ, especially dan spesifiknya bahagian akaun. buat kerja tak serius langsung. gini ke iso 9001?
hampeh.
cadang aku hari ni nak pergi putrajaya. tapi memandangkan aku kena ke lowyat untuk beli sesuatu, aku bercakap dengan diri aku sendiri bahawa selepas beli, terus pergi lah. ajak teman ke. so, aku pun pergi lowyat. ushar barang dan terus beli. panas gila hari ni. peluh rasa macam mandi air terjun. sesampainya aku kat rumah, aku pun bersemangat la nak tengok barang aku beli tadi. design memang lawa. berkilat lagi. wow. pastu aku pun pasang barang tu.
pun-pang sana-sini, aku dah blank. ada problem tak boleh proceed. problem sata2. dah ikut satu-satu instruction tapi masih tak boleh. aku dah mati kutu. ada la sejam aku naik turun tangga. research internet, etc. kaki dah nak tercabut rasa. last-last aku ambik keputusan nak pergi balik lowyat, tanya mamat sales tu apa cer sudah terjadi. adeh, rugi duit parking dengan minyak. bila tunjuk kat mamat tu, sekali dia buat boleh. adehh…tensennya. sekali tekan plak tu.
hangin betul aku dengan murphy law ni. belasah kang baru tau.
semalam hujan. yep. tapi hujan petang lah, bukan pagi. kalau pagi…ummph, seronoknya. macam tak nak bangun pun ada. tapi memandangkan dah hujan, bila aku sampai rumah, aku rasa macam nak main hujan. jadi aku pegi tukar seluar hawaii aku, pastu main golek-golek atas lopak air kat taman. serius. hilang semua masalah yang berserabut kat kepala. rasa macam aku sorang sahaja kat dunia ni. ini macam lebih kurang terapi hidro la. heh. lantakle orang nak kata gila ke hape. janji aku seronok.
aku masih ingat zaman aku kecik-kecik dulu, suka sangat main hujan. bila dah kantoi dengan ayahanda, berbekas la jugak kena rotan. heh. memori. kadang-kadang, tak salah kita pandang belakang. ingat kenangan-kenangan yang lalu sebab kenangan itulah yang membuatkan kita berada pada tahap sekarang. tapi tak boleh leka sangat sebab kalau kita asyik pandang belakang sahaja, kita tak ingat tujuan utama iaitu menuju ke hadapan. alah, macam lari bawak baton la lebih kurang. kena pandang orang belakang nak pass baton tu kalau tak nanti pegi kaut benda lain pulak.
memandangkan kepala aku tengah pening, aku pusing-pusing la internet. sekali, dengan satu kesilapan, aku baru tahu yang aku boleh connect telefon aku kat laptop ni untuk guna internet pakai line gprs/3g. bila aku sambung wayar usb kat laptop dan telefon, dia jadi macam modem. masukkan details, pastu connect. zzapp…terus boleh guna internet. 384kbps lagi. heh, gila kampung aku. jakun habis. tapi aku guna kejap je sebab mahal aaa…1 sen per kilobyte. nak subscribe unlimited watpe. kat rumah dah ada broadband. maybe lenkali kalau outstation pegi ceruk mana, tengah sangap gile ke, emergency ke, boleh la sambung ke internet. heh heh…
tu pun kalau ada coverage…